Friday 25 November 2011

~pemantapan kemudahan awam~


PENGENALAN
            Kemudahan awam merupakan satu kemudahan yang disediakan untuk masyarakat tidak kira di kawasan bandar, luar bandar mahupun pinggir bandar. Kemudahan masyarakat ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kemudahan masyarakat, kemudahan rekreasi, kemudahan agama dan juga kemudahan pendidikan. Kemudahan masyarakat meliputi kemudahan balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid/rumah ibadat, klinik desa dan klinik kesihatan. Bagi kemudahan rekreasi terdiri daripada lot permainan, gelanggang permainan dan padang bola. Manakala kemudahan pendidikan, ia terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, perpustakaan dan pusat ICT. Walaubagaimanapun kemudahan awam yang dikaji tidak termasuk kemudahan yang terdapat di dalam kawasan sekolah dan institusi pendidikan yang lain seperti padang bola, gelanggang permainan, dewan dan lain-lain.
            Kemudahan rekreasi ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu lot permainan, gelanggang permainan dan padang bola. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai komponen yang berlainan di mana bagi lot permainan ia perlu dilengkapi dengan alat permainan seperti buaian, papan gelongsor dan alat permainan yang berkaitan. Gelanggang permainan adalah terdiri dari gelanggang takraw, badminton dan lain-lain yang berkaitan. Padang bola yang diambilkira tidak termasuk padang bola yang terdapat di dalam kawasan sekolah.
            Kemudahan masyarakat ini akan melibatkan kemudahan seperti balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid, rumah ibadat, klinik kesihatan dan klinik desa.
            Kemudahan balairaya atau dewan berfungsi sebagai tempat untuk masyarakat setempat untuk mengadakan perjumpaan sosial serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Manakala bagi kemudahan ibadat ianya dibahagikan kepada dua
iaitu masjid dan rumah ibadat. Bagi kemudahan masjid penyediaannya adalah bagi menampung keperluan 500 penduduk atau 100 keluarga Islam. Bagi kemudahan kesihatan ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu klinik desa dan klinik kesihatan. Penyediaan klinik desa adalah bagi menampung jumlah penduduk di antara 4,000 hingga 5,000 orang penduduk manakala klinik kesihatan disediakan sekiranya penduduk melebihi 15,000 orang.

MENGAPAKAH PEMANTAPAN KEMUDAHAN INI DILAKUKAN?
          Merupakan indikator pembangunan dan taraf hidup masyarakat.
          Merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk.
          Menjalinkan semangat perpaduan dan memupuk sikap toleransi antara penduduk.
          Memastikan kedudukan kemudahan yang disediakan menepati piawaian yang ditetapkan.
          Menjimatkan peruntukan kewangan
          Meningkatkan tahap ekonomi penduduk.
          Menitikberatkan keselesaan kepada pengunjung dengan menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan pilihan ruang untuk menjalankan aktiviti. 

BAGAIMANAKAH CARA-CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DITETAPKAN?
          Darjah ketersampaian penduduk dengan kemudahan adalah tinggi.
          Pengaruh visual juga diubah melalui penggunaan warna yang lebih berani dan ceria serta mencuba pelbagai spesies tanaman baru.
          Membina dan memperbaiki kemudahan sedia ada serta menyusunatur semula perletakan kemudahan yang sedia ada.
          Memastikan kemudahan yang disediakan mencukupi serta memenuhi keperluan penduduk.
          Kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan keadaan sekeliling kawasan itu
          Melaksanakan pembangunan kemudahan awam berdasarkan lokasi/ tapak mengikut cadangan RT PBT. 
          Menyediakan kemudahan awam yang tiada di dalam jejari jarak efektif (jejari jarak efektif adalah dalam lingkungan 1.6 km). 
          Menerapkan elemen-elemen landskap di kawasan pembangunan lama dan baru (kawasan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan lain-lain bangunan kemudahan orang ramai) mengikut garis panduan landskap. 

Dalam penyediaan kemudahan awam, penekanan harus diberikan kepada aspek kemudahsampaian. Merujuk kepada Garis Panduan Kemudahan Masyarakat JPBD, penekanan diberikan kepada aspek kemudahsampaian (jarak) dan kawasan tadahan (jumlah penduduk). Mengikut garis panduan jarak efektif antara kampung dengan perletakan kemudahan masyarakat di mana jarak efektif yang disarankan adalah adalah di antara 0.4 km - 1.6km (iaitu 5 minit - 20 minit berjalan kaki).
Pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan jarak efektif setiap elemen kemudahan awam bagi membentuk kawasan lingkungan efektif. Titik kampung dijadikan asas dalam menentukan kawasan lingkungan efektif setiap elemen yang terdapat di kampung tersebut dan diandaikan kampung yang terletak di dalam kawasan lingkungan jarak efektif mempunyai akses terhadap kemudahan tersebut.

            Pendekatan ini digunakan memandangkan tidak semua kampung akan mempunyai setiap elemen kemudahan awam terutamanya kemudahan yang memerlukan kawasan tadahan atau bilangan penduduk yang mencukupi seperti kemudahan sekolah, pusat kesihatan, klinik desa dan kemudahan-kemudahan lain.

            Dengan mengaplikasikan pendekatan ini, ia akan dapat memberi gambaran penyediaan kemudahan awam di kampung-kampung di dalam kawasan PBT. Ia menunjukkan dengan jelas bahawa masih terdapat kampung-kampung yang terletak diluar lingkungan jarak efektif dan tidak mempunyai kemudahan awam yang diperlukan. Oleh yang demikian penekanan terhadap penyediaan kemudahan-kemudahan ini perlu diberi keutamaan disamping kemudahan pengangkutan awam yang efisyen. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kemudahsampaian kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan.
            Walau bagaimanapun, bagi kampung-kampung yang terletak di luar jarak lingkungan efektif, masih lagi mendapat akses kepada kemudahan awam yang terdapat di kawasan taman atau bandar yang berhampiran.

PRINSIP PERANCANGAN KEMUDAHAN AWAM

1.      Pengagihan kemudahan yang seimbang
Kemudahan yang disediakan perlulah seimbang dengan kadar kependudukan sesuatu kawasan itu. Kemudahan masyarakat yang disediakan perlulah mencukupi. Selain itu perletakan kemudahan perlulah selari dengan kemudahan yang akan disediakan. Ia perlulah mengambil kira keperluan dan juga kehendak yang diperlukan oleh penduduk kawasan itu sendiri.
 
1.      Kemudahsampaian
Perancangan kemudahan masyarakat di lokasi yang strategik dari segi aksessibiliti dan kemudahsampaian. Kemudahan yag disediakan mestilah senang untuk digunakan dan dituju. Sebagai contoh kedudukan kemudahan yang disediakan terletak berdekatan dengan jalan utama di kawasan itu. Selain itu papan tanda juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemudahsampaian yang tinggi.

2.      Keselesaan dan keselamatan
Keselesaan dan keselamatan merupakan salah satu prinsip yang penting dalam perancangan perletakan kemudahan awam itu.  Meletakkan kemudahan masyarakat  di lokasi  yang bersesuaian untuk  mewuiudkan keamanan  dan keselamatan. Sebagai contoh lokasi padang permainan yang terletak di tepi jalan besar. Ianya adalah tidak bersesuai kerana akan mendatangkan bahaya kepada penggunanya terutamanya kanak-kanak.

3.      Interaksi
Kemudahan masyarakat  yang disediakan mestilah memupuk semangat kemesraan dan menggalakkan interaksi penduduk. Masyarakat akan menggunakan kemudahan yang disediakan secara bersama-sama. Sebagai contoh penggunaan dewan orang ramai, balairaya dan juga padang permainan. Aktiviti seperti pertandingan juga boleh dijalankan di kawasan yang bersesuaian seperti padang permainan dan juga balairaya. Ini akan mengumpulkan semua penduduk kampung di kawasan itu.

4.      Rekabentuk
Peletakan dan rekabentuk sewajarnya boleh dimanfaatkan dan digunakan dengan selesa oleh setiap golongan masyarakat bagi mewujudkan mesra alam, mesra kanak-kanak dan sebagainya. Kesesuaian rekabentuk untuk padang
permainan perlulah dalam keadaan selamat kerana kebanyakkan penggunanya ialah kanak-kanak.