Thursday 15 December 2011

~apa itu UNIVERSITI TOWN~

"1. I had often wondered why university towns like Cambridge and Oxford do not develop in Malaysia after we build universities in places far from the towns.

2. After much study and thinking things over I have concluded that it is because universities, particularly Government universities, build all the shops within the campus and probably operate them as well. The residences for the students and staff are all built by the University.

3. Developers find no opportunity for developing the surrounding land through building shops and residences for staff and students. There will only be university campuses and no university towns.

4. Universities can be catalysts for new growth areas. That was how Cambridge and Oxford towns were founded. With clever planning these university towns can be very attractive and can attract visitors, especially relatives of the students coming to visit them.

5. Maybe those in charge of university funding and development should think about this."


ini merupakan petikan daripada blog Tun Dr Mahathir pasal Universiti Town..lepas kteorg kne wt psal bnde nie bru trpikir la knape uni2 kt malaysia nie xmcm uni2 kt luar negara cth mcm kt Oxford ngn Harvard..seyes la..lawa kot reka bentuk die..hati nie tergurit2 je nk g sne..blajar kt sne..tp apakan daya..xmmpu dek tgn nk mencapainya..


sooo just nk tnye korang la psl UNIVERSITI TOWN nie la..sama ada die mendatangkan manfaat or keburukan,..just state your opinion..i just want to know how do you feel about it..(^_^)


nie link laman page tu..http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/03/university-towns.html

Monday 5 December 2011

PENINGKATAN MASALAH GEJALA SOSIAL PENGENALAN


Gejala sosial merupakan masalah yang sering berlaku dihampir semua kawasan di pinggir bandar. Secara umumnya masalah sosial  merangkumi berbagai perlakuan  negatif anggota  masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan  dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Golongan yang sering terlibat atau melibatkan diri dengan masalah sosial ini adalah di kalangan remaja itu sendiri. Lingkungan remaja yang senang terjerumus dalam permasalahan ini adala diantara 13 hingga awal 20-an.
Remaja merupakan waris yang akan menentukan hala tuju masa hadapan meraka dan juga negara itu sendiri. Mereka mempunyai pengaruh besar  terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi. Merekalah yang akan memegang tampuk pentadbiran,  penggerak ekonomi dan pembangun generasi. Namun dalam pada itu kita tidak putus-putus dibebani dengan masalah sosial remaja yang semakin hari semakin meruncing.  Masyarakat dikejutkan dengan pelbagai paparan secara terbuka baik di media elektronik, media cetak mahupun di Internet.  Masalah sosial, keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin  amat membimbangkan kerana ia turut mengundang pelbagai implikasi yang boleh meruntuhkan kestabilan negara dalam usaha melahirkan masyarakat produktif dan berdaya maju. Anak-anak, khasnya remaja pada abad ke-21 ini terdedah dengan pelbagai bentuk pengaruh.  Dalam dunia yang disebut sebagai"borderless world" ini banyak menyuntik unsur-unsur yang positif mahu pun yang negatif.  Anak-anak lebih mudah tertawan dengan program yang membunuh sahsiah berbanding program yang menghidupkan peribadinya.

PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK
Terdapat pelbagai punca dan juga penyebab yang memungkinkan masalah ini berlaku. Ianya boleh terjadi dengan kehadiran orang luar, masalah berpunca dari diri pelaku itu sendirir, keadaan persekitaran dan juga cara pendidikan yang diterapkan dalam diri remaja itu sendiri. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat  dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
            Punca pertama pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku  para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut  dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas. Selain itu, pengahruh persekitaran luar ini terjadi apabila segala kemudahan yang disediakan di kawasan bandar itu tidak  memenuhu criteria yang penting dalam mendidik masyarakat. Ini kerana kemudahan itu disalahgunakan oleh remaja yang tinggal di kawasan luar bandar itu sendiri. Mereka atau remaja yang tinggal di luar bandar lazimnya kurang mendapat pendedahan mengenai apa yang baik dan juga apa yang tidak elok untuk dicontohi. Ini kerana didikan yang diberikan oleh ibubapa adalah didikan yang terbaik dan tidak dicemari oleh anasir-anasir luar. Namun apabila remaja itu terdedah dengan persekitaran luar, mereka akan menjadi terikut-ikut dengan apa yang di lakukan mereka yang sudah lama tinggal di kawasan bandar. Pengaruh yang tidak baik dari luar ini dibawa masuk ke kawasan luar bandar dan akhirnya akan menimbulkan masalah gejala sosial di kalangan remaja. 
            Punca kedua ialah penghijarah masuk penduduk ke kawasan luar bandar juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah ini.  Penduduk yang berhijrah masuk ke kawasan luar bandar lazimnya pekerja yang mencari rumah dengan kadar sewa yang rendah, pekerja kilang yang perletakan kilangnya dekat dengan kawasan luar bandar itu sendiri dan juga warga asing. Ini kerana keadaan persekitaran kawasan luar bandar itu sendiri. Keadaannya yang tidak sibuk seperti kawasan bandar dan juga kos sara hidup yang rendah. Namun penghijarahan masuk penduduk ini telah menimbulkan masalah kepada penduduk di kawasan itu. Ini kerana mereka ini menyumbang kepada berlakunya msalah gejala sosial ini. Antara masalah yang berlaku ialah kejadian mencuri, merompak rumah, ragut dan juag rogol.
           
            Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik. Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.
                     Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

CARA MENGATASI MASALAH
Perbincangan  mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja  ini. Berikut beberapa saranan:
            Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa   hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
            Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
            Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.  Selain itu pihak berkuasa juga perlulah selalu melakukan rondaan bagi mengatasi masalah gejala sosial dan jenayah ini dari terus berlaku di kawasan luar bandar itu sendiri.
KESAN-KESAN MASALAH GEJALA SOSIAL
Masalah gejala sosial merupakan satu masalah yang sangat rumit untuk ditangani. Ianya memerlukan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak. Tidak perlu menuding jari hanya kepada satu pihak sahaja apabila masalah ini tidak dapat diselesaikan. Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan, ia akan menyebabkan berlakunya masalah lebih besar dan juga akan meninggalkan kesan ke atas diri individu itu sendiri, keluarga pelaku itu, masyarakat persekitaran mereka dan juga secara tidak langsung kepada Negara. Penerangan mengenai kesan-kesan apabila berlakunya masalah ini diperincikan dalam penerangan dibawah ini.

            Pertama ialah kesan kepada individu itu sendiri merupakan satu kesan yang amat ketara sekali. Ini kerana diri individu itu sendiri yang akan menentukan masa hadapan mereka sendiri. Jika mereka mempunyai kisah silam dalam melakukan jenayah secara tidak langsung akan menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan. Dan akhirnya mereka akan berasa tertekan dan akan mengulangi sejarah yang telah mereka lakukan dahulu. Akhirnya perkara ini tiada penghujungnya. Oleh itu, individu itu sendiri perlulah fikir sebelum melakukan sesuatu perkara itu.

            Kedua ialah kesan kepada keluarga. Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja.

            Ketiga ialah kesan kepada masyarakat Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa

            Keempat ialah kesan kepada Negara. Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. 

Kesimpulan
Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala sosial ini dapat diatasi. Namun peranan dari pihak berkuasa tempatan juga perlu dalam menangani masalah ini.  Selain itu sekatan terhadap kemasukan pelbagai anasir-anasir juga perlu dijalankan secara menyeluruh.

Friday 25 November 2011

~pemantapan kemudahan awam~


PENGENALAN
            Kemudahan awam merupakan satu kemudahan yang disediakan untuk masyarakat tidak kira di kawasan bandar, luar bandar mahupun pinggir bandar. Kemudahan masyarakat ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kemudahan masyarakat, kemudahan rekreasi, kemudahan agama dan juga kemudahan pendidikan. Kemudahan masyarakat meliputi kemudahan balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid/rumah ibadat, klinik desa dan klinik kesihatan. Bagi kemudahan rekreasi terdiri daripada lot permainan, gelanggang permainan dan padang bola. Manakala kemudahan pendidikan, ia terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah, perpustakaan dan pusat ICT. Walaubagaimanapun kemudahan awam yang dikaji tidak termasuk kemudahan yang terdapat di dalam kawasan sekolah dan institusi pendidikan yang lain seperti padang bola, gelanggang permainan, dewan dan lain-lain.
            Kemudahan rekreasi ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu lot permainan, gelanggang permainan dan padang bola. Ketiga-tiga kategori ini mempunyai komponen yang berlainan di mana bagi lot permainan ia perlu dilengkapi dengan alat permainan seperti buaian, papan gelongsor dan alat permainan yang berkaitan. Gelanggang permainan adalah terdiri dari gelanggang takraw, badminton dan lain-lain yang berkaitan. Padang bola yang diambilkira tidak termasuk padang bola yang terdapat di dalam kawasan sekolah.
            Kemudahan masyarakat ini akan melibatkan kemudahan seperti balairaya, dewan orang ramai, dewan serbaguna, masjid, rumah ibadat, klinik kesihatan dan klinik desa.
            Kemudahan balairaya atau dewan berfungsi sebagai tempat untuk masyarakat setempat untuk mengadakan perjumpaan sosial serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Manakala bagi kemudahan ibadat ianya dibahagikan kepada dua
iaitu masjid dan rumah ibadat. Bagi kemudahan masjid penyediaannya adalah bagi menampung keperluan 500 penduduk atau 100 keluarga Islam. Bagi kemudahan kesihatan ia terbahagi kepada 2 kategori iaitu klinik desa dan klinik kesihatan. Penyediaan klinik desa adalah bagi menampung jumlah penduduk di antara 4,000 hingga 5,000 orang penduduk manakala klinik kesihatan disediakan sekiranya penduduk melebihi 15,000 orang.

MENGAPAKAH PEMANTAPAN KEMUDAHAN INI DILAKUKAN?
          Merupakan indikator pembangunan dan taraf hidup masyarakat.
          Merapatkan hubungan silaturrahim antara penduduk.
          Menjalinkan semangat perpaduan dan memupuk sikap toleransi antara penduduk.
          Memastikan kedudukan kemudahan yang disediakan menepati piawaian yang ditetapkan.
          Menjimatkan peruntukan kewangan
          Meningkatkan tahap ekonomi penduduk.
          Menitikberatkan keselesaan kepada pengunjung dengan menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan pilihan ruang untuk menjalankan aktiviti. 

BAGAIMANAKAH CARA-CARA UNTUK MENCAPAI MATLAMAT YANG TELAH DITETAPKAN?
          Darjah ketersampaian penduduk dengan kemudahan adalah tinggi.
          Pengaruh visual juga diubah melalui penggunaan warna yang lebih berani dan ceria serta mencuba pelbagai spesies tanaman baru.
          Membina dan memperbaiki kemudahan sedia ada serta menyusunatur semula perletakan kemudahan yang sedia ada.
          Memastikan kemudahan yang disediakan mencukupi serta memenuhi keperluan penduduk.
          Kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan keadaan sekeliling kawasan itu
          Melaksanakan pembangunan kemudahan awam berdasarkan lokasi/ tapak mengikut cadangan RT PBT. 
          Menyediakan kemudahan awam yang tiada di dalam jejari jarak efektif (jejari jarak efektif adalah dalam lingkungan 1.6 km). 
          Menerapkan elemen-elemen landskap di kawasan pembangunan lama dan baru (kawasan sekolah, dewan orang ramai, masjid dan lain-lain bangunan kemudahan orang ramai) mengikut garis panduan landskap. 

Dalam penyediaan kemudahan awam, penekanan harus diberikan kepada aspek kemudahsampaian. Merujuk kepada Garis Panduan Kemudahan Masyarakat JPBD, penekanan diberikan kepada aspek kemudahsampaian (jarak) dan kawasan tadahan (jumlah penduduk). Mengikut garis panduan jarak efektif antara kampung dengan perletakan kemudahan masyarakat di mana jarak efektif yang disarankan adalah adalah di antara 0.4 km - 1.6km (iaitu 5 minit - 20 minit berjalan kaki).
Pendekatan yang digunakan adalah dengan menggunakan jarak efektif setiap elemen kemudahan awam bagi membentuk kawasan lingkungan efektif. Titik kampung dijadikan asas dalam menentukan kawasan lingkungan efektif setiap elemen yang terdapat di kampung tersebut dan diandaikan kampung yang terletak di dalam kawasan lingkungan jarak efektif mempunyai akses terhadap kemudahan tersebut.

            Pendekatan ini digunakan memandangkan tidak semua kampung akan mempunyai setiap elemen kemudahan awam terutamanya kemudahan yang memerlukan kawasan tadahan atau bilangan penduduk yang mencukupi seperti kemudahan sekolah, pusat kesihatan, klinik desa dan kemudahan-kemudahan lain.

            Dengan mengaplikasikan pendekatan ini, ia akan dapat memberi gambaran penyediaan kemudahan awam di kampung-kampung di dalam kawasan PBT. Ia menunjukkan dengan jelas bahawa masih terdapat kampung-kampung yang terletak diluar lingkungan jarak efektif dan tidak mempunyai kemudahan awam yang diperlukan. Oleh yang demikian penekanan terhadap penyediaan kemudahan-kemudahan ini perlu diberi keutamaan disamping kemudahan pengangkutan awam yang efisyen. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap kemudahsampaian kepada kemudahan-kemudahan yang disediakan.
            Walau bagaimanapun, bagi kampung-kampung yang terletak di luar jarak lingkungan efektif, masih lagi mendapat akses kepada kemudahan awam yang terdapat di kawasan taman atau bandar yang berhampiran.

PRINSIP PERANCANGAN KEMUDAHAN AWAM

1.      Pengagihan kemudahan yang seimbang
Kemudahan yang disediakan perlulah seimbang dengan kadar kependudukan sesuatu kawasan itu. Kemudahan masyarakat yang disediakan perlulah mencukupi. Selain itu perletakan kemudahan perlulah selari dengan kemudahan yang akan disediakan. Ia perlulah mengambil kira keperluan dan juga kehendak yang diperlukan oleh penduduk kawasan itu sendiri.
 
1.      Kemudahsampaian
Perancangan kemudahan masyarakat di lokasi yang strategik dari segi aksessibiliti dan kemudahsampaian. Kemudahan yag disediakan mestilah senang untuk digunakan dan dituju. Sebagai contoh kedudukan kemudahan yang disediakan terletak berdekatan dengan jalan utama di kawasan itu. Selain itu papan tanda juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kemudahsampaian yang tinggi.

2.      Keselesaan dan keselamatan
Keselesaan dan keselamatan merupakan salah satu prinsip yang penting dalam perancangan perletakan kemudahan awam itu.  Meletakkan kemudahan masyarakat  di lokasi  yang bersesuaian untuk  mewuiudkan keamanan  dan keselamatan. Sebagai contoh lokasi padang permainan yang terletak di tepi jalan besar. Ianya adalah tidak bersesuai kerana akan mendatangkan bahaya kepada penggunanya terutamanya kanak-kanak.

3.      Interaksi
Kemudahan masyarakat  yang disediakan mestilah memupuk semangat kemesraan dan menggalakkan interaksi penduduk. Masyarakat akan menggunakan kemudahan yang disediakan secara bersama-sama. Sebagai contoh penggunaan dewan orang ramai, balairaya dan juga padang permainan. Aktiviti seperti pertandingan juga boleh dijalankan di kawasan yang bersesuaian seperti padang permainan dan juga balairaya. Ini akan mengumpulkan semua penduduk kampung di kawasan itu.

4.      Rekabentuk
Peletakan dan rekabentuk sewajarnya boleh dimanfaatkan dan digunakan dengan selesa oleh setiap golongan masyarakat bagi mewujudkan mesra alam, mesra kanak-kanak dan sebagainya. Kesesuaian rekabentuk untuk padang
permainan perlulah dalam keadaan selamat kerana kebanyakkan penggunanya ialah kanak-kanak.