Tuesday 1 November 2011

~keberkesanan pengankutan awan di kawasan luar bandar~

Assalamualaikkum..selamat sejahtera kawan-kawan...
arini nak cakap pasal pengangkutan awam la..pengangkutan awam nie banyak cabang die..senang citer die ad banyak kategori la..ada yang murah..ada yang mahal..ada yang menyenangkan..ada yang agak menyusahkan..ada yang memberikan kemudahan yang sangat-sangat efisien..ada gak yang tak memberikan keefisiennya kepada pengguna..
okey sebagai contoh pengangkutan awam ialah bas (tak kira la bas lompat-lompat ke bas ekpress ke bas sekolah ke..asalkan nme die bas..pengangkutan ini di kongsi secara beramai-ramai..bukannya naik sorang-sorang ye..).teksi (mne2 la asalkan nme die teksi..tak kira warne biru ke merah ke kuning ke), kereta api, kapal terbang dan banyak lagi la..

nie la contoh-contoh kemudahan awam yang ad kat malaysia

Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbanganferi, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang. berjadual,
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan. (sumber dari wikipedia)

boleh dikatakan pada zaman sekarang nie pengangkutan awam yang ditawarkan di kawasan luar bandar adalah mengecewakan..kemudahan bas-bas yang disediakan semakin berkurang dan ada juga kawasan yang tidak mempunyai langsung kemudahan itu..
sebagai contoh di kawasan kampung saya..kemudahan bas adalah sangat terhad..bas hanya akan lalu setiap satu atau dua jam..ini menyukarkan penduduk kampung untuk menjalankan urusan mereka..jika berlakunya kecemasan ini akan menyukarkan penduduk..selain itu bas hanya akan lalu di kawasan jalan besar sahaja..ini menyebabkan penduduk terpaksa berjalan jauh untuk mendapat perkhidmatan bas..masalah akan menjadi lebih rumit jika penduduk terutamanya wanita terpaksa berjalan seorang diri pada waktu malam utk sampai kerumah..ini akan mendatangkan masalah-masalah lain seperti rogol dan ragut. 
pada pendapat saya la kn..pengangkutan awam di kawasan luar bandar ini menjadi semakin tidak efisien..ini disebabkan kekurangan pelanggan menyebabkan pengusaha bas mengambil mudah sahaja keberkesanan untuk menyediakan kemudahan kepada penduduk..kemudahan bas yang semakin teruk dan akan menimbulkan msalah kepada pengguna..keadaan bas yang kurang selesa dan keadaan yang kurang menyelamatkan menimbulkan masalah kepada pengguna. .
ok la..smpai sini je kot nk ckp..moga2 dapat la kte share pendapat ye..lau sayang-sayang sekalian ad pendapat gtau je..leh kte share2 knowledge kn.(^_^)

No comments:

Post a Comment